Generasi pertama (XW10; 1997–2003) Toyota_Prius

Toyota Prius (XW10)
Maklumat
Pengeluaran1997–2001 (NHW10)
2001–2003 (NHW11)
PemasanganTakaoka, kemudian di Bandar Raya Toyota (Motomachi), Jepun[5]
Stail badan4-door sedan

Pada tahun 1995, Toyota menampilkan kereta hibrid konsep semasa Pameran Kereta Tokyo, dengan sesi ujian pada tahun berikutnya.[6] Model Prius pertama, model NHW10, mula dijual pada 10 Disember 1997.[7][8] Ia hanya boleh didapati di Jepun, walaupun ia turut diimport secara persendirian bagi pasaran United Kingdom, Australia dan New Zealand.[9] Semasa pelancarannya, Prius generasi pertama menjadi kereta hibrid petrol-elektrik pengeluaran pertama di dunia. Penstailan NHW10 Prius berasal daripada pereka bentuk California, yang dipilih menewaskan rekaan saingan dari studio reka bentuk Toyota yang lain.[8]

Di Amerika Syarikat, NHW11 merupakan model Prius pertama yang dijual. Prius dipasarkan dalam slot antara Echo yang lebih kecil dengan Corolla yang lebih besar. Harga pasaran yang diiklankan ialah AS$19,995.[10] NHW11 Prius menjadi semakin berkuasa sebagai memenuhi keperluan pemandu Amerika yang sukakan kelajuan tinggi serta jarak perjalanan yang jauh.[11] Pendingin udara merupakan peralatan standard.[12] Kenderaan ini merupakan kereta hibrid pengeluaran kedua yang dijual di pasaran Amerika selepas model dua tempat duduk Honda Insight.[13] Sementara Prius yang lebih besar boleh memuatkan lima orang, pek baterinya mengehadkan ruangan butnya.

Lembaga Sumber Udara California (CARB) menarafkan kereta tersebut sebagai Kenderaan Emisi Ultra Rendah (ULEV).[14] Pemilik Prius layak menerima kredit cukai daripada pendapatan kasar mereka sehingga AS$2,000.[13]

Pasaran Eropah bermula 2000.[15] Pelancaran rasmi Prius di dilakukan pada tahun 2001 selepas Pameran Kereta Sydney,[16] walaupun jualan di sana agak lembab sehingga ketibaan model NHW20.

Rujukan

WikiPedia: Toyota_Prius http://www.caradvice.com.au/1697/more-toyota-prius... http://cars.about.com/cs/testdrives/fr/prius_tst.h... http://green.autoblog.com/2008/03/07/in-china-toyo... http://green.autoblog.com/2009/09/04/toyota-tops-2... http://www.autoweek.com/article/20090402/carnews/9... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601209&si... http://www.businessweek.com/archives/1997/b3557013... http://www.businessweek.com/globalbiz/blog/eyeonas... http://www.cartalk.com/content/testdrives/Reviews/... http://www.cartalk.com/content/testdrives/Reviews/...